Jumaat, 21 November 2008

MUSUH CACING/HAIWAN PEMANGSA

- Hama merah








- Katak







- Lalat









- Semut







- Burung







- Ayam.










- Lintah








- Lipan








- Tikus









- Kumbang








- Kutu dan Kuman

SUMBER MAKANAN CACING

Sarang ataupun medium merupakan tempat atau habitat dan juga sebagai makanan cacing.Mutu dan kualiti medium menentukan hasil penternakan cacing.Medium terdiri daripada :
1. Sayur-sayuran ,buah-buahan atau apa saja bahan yang boleh membusuk
2. Kotoran lembu,kerbau,ayam dan lain-lain
3. Serbuk gergaji ,serutan kayu dan lain-lain
4. Serkam padi atau dedaknya
5. Hampas tebu
6. Kotak atau kertas yg sudah digunakan
7. Sisa makanan
8. Jerami,pokok pisang dan lain-lain






























BEKAS TERNAKAN CACING

1. Kayu









2. Plastik









3. Konkrit Simen
Amaran!!!!!Elakkan penggunaan bekas zink/besi yang mudah berkarat

FIZIKAL CACING


KEPALA&EKOR
-kepala berbentuk tirus tajam dipanggil ANTERIOR
-ekor berbucu tajam dipanggil POSTERIOR
BADAN
-lembut,anjal sedikit basah & berlendir
-tiada rangka tulang,kaki,mata,telinga&gigi
SEGMEN&SETEA
-gelung-gelung kecil berbentok cincin dipanggil segmen.Ia bercantum satu sama lain
-purata cacing dewasa 120-170 segmen
-segmen petama mulut dan terakhir anus(dubur)
-segmen terdapat bulu/rambut pendek dan kasar dipanggil setea
CLITELLUM
-gelang berwarna cerah dibahagian depan badan dipanggil clitellum
-Ia menyimpan sperma&mengeluarkan cocoon(telur cacing)
-clitellum terbentuk pada cacing yang berusia 4-6 minggu
MULUT
-bibir atas dipanggil prostomium berfungsi menghalang benda tidak dikehendaki masuk kedalam mulut
-dibawah prostomium terdapat mulut untuk memakan makan dan mengorek lubang
JANTUNG
-mempunyai 5 jantung yang berfungsi mengepam darah untuk disalurkan melalui pembuluh darah ke seluruh anggota badan
SISTEM PERGERAKAN
-menggunakan otot-otot untuk bergerak dan sedia berfungsi sebagai brek untuk bergerak perlahan dan berhenti
SISTEM PENGHADAMAN MAKANAN
-makanan dihancurkan melalui hempedal yang terletak berhampiran mulut
-makanan yang keluar akan masuk ke usus meresap kedalam darah
-makanan yang hadam akan disalurkan melalui pembuluh darah
SISTEM PENAFASAN
-tidak mempunyai paru-paru,ia bernafas melalui kulit
-kulit cacing perlu lembab untuk udara memasukinya tetapi jika terlalu basah boleh menyebabkan cacing mati
SISTEM PEMBIAKAN
-cacing adalah hermaprobites ia mempunyai 2 jantina tetapi perlu mengawan untuk membiak -cocoon terbentuk didalam clitellum,cocoon sebesar kepala mancis berwarna kekuningan
-cocoon menetas selepas 2-3 minggu dan anggaran 1-5 anak cacing dikeluarkan dan berukuran <>1/2 inci panjang dan berwarna putih
ALAHAN
-begitu sensitif terhadap cahaya dan gegaran
-lebih selesa di tempat gelap dan bebas dari gangguan

Selasa, 11 November 2008

Perbezaan baja Kimia dan baja Kompos Organik

BAJA KIMIA - Digunakan untuk jenis-jenis tanah dan tumbuhan dengan mematuhi syarat-syarat penggunaan. Tidak mampu untuk mempertahankan kesuburan tanah dan terhad untuk tumbesaran tanaman

BAJA KOMPOS ORGANIK - Ia digunakan untuk membina kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah dan juga sebagai makanan untuk hidupan dalam tanah selain membantu tanaman sihat dan subur

Definisi

VermiCULTURE - Kaedah penternakan cacing tanah untuk dijual kepada penternak yang lain

VermiCOMPOSTING - Kaedah penternakan cacing tanah untuk mendapatkan bekalan baja kompos

Jenis-jenis cacing

ANECIC- Cacing akan naik ke permukaan pada waktu malam dan membawa makanan melalui lubang jauh kedalam tanah contohnya Night Crawler
ENDOGEIC- Cacing jarang naik ke permukaan kerana akan memakan bahan-bahan organik sedia terdapat didalam tanah contohnya Cacing Tanah Tempatan EPIGEIC- Cacing yang hidup dipermukaan dan memakan sisa-sisa organik reput. Paling sesuai digunakan untuk vermicomposting contohya Cacing Merah/Harimau/Biru
CACING MERAH
-Tubuhnya pipih
-Dihujungnya ada tanda kekuningan
-Jumlah Segmen sekitar 90-195,clitellum pada segmen 27- 32
-Memiliki tubuh kecil tetapi apabila diternak secara intensif ia boleh membesar seperti jenis yang lain
-Cacing ini bergerak lambat dan diam apabila dipegang
CACING BIRU
-Memiliki segmen 75-165
-Clitellum pada segmen 13-17
-Berwarna ungu tua hingga kemerah coklat
-Penternakan harus berhati-hati dan lebih fokus
-Pergerakannya cepat

Matlamat utama penternakan cacing

  • Pengeluaran baja kompos organik yang dihasilkan oleh cacing tanah sebagai alternatif terbaik kepada baja kimia
  • Penyelidikan dan pembangunan sebagai pengeluaran produk-produk akhir berasaskan cacing secara komersil
  • Memperbaiki dan memulihara struktur tanah
  • Menyuburkan tanah untuk kegiatan pertanian